Thursday, July 3, 2008

Sebuah Masjid di Tanjung Kidurong


Masjid ini terletak di Tanjung Kidurong Bintulu. Ianya dibina pada tahun 1993. Masjid ini ditadbir oleh Persatuan Warga Darul Hidayah. Selain menjadi tempat untuk mendirikan sholat berjamaah di kawasan Kidurong, dari masa ke semasa mesjid ini berusaha untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti lain seperti qiamulail secara bulanan, gotong royong, aqiqah, pemyembelihan binatang qurban, pemberian sumbangan untuk mualaf dan lain-lain. Pada tahun 2009, Masjid Darul Hidayah dengan kerjasama individu-individu muslim dermawan serta NGO Islam iaitu Pertubuhan Jamaah ISLAH Malaysia (JIM) Daerah Bintulu akan melangkah setapak lagi dengan menubuhkan Madrasah Tahfiz yang pertama di Bintulu yang dinamakan Institut Tahfiz Bintulu. Maka begitulah masjid ini memulakan langkah-langkah kecil untuk satu perjalanan yang panjang. Semoga di situ ada nanti akan ada habuan untuk insan-insan yang ikhlas.

No comments: